Sunday, November 22, 2009

CIRI-CIRI MUSLIM IDEAL

Di antara ciri-ciri individu dan aliran muslim ideal yang dicemburui oleh musuh-musuh Islam yang menjadi sasaran dalam peperangan pemikiran:-

1. Memahami agama dengan cara menyeluruh, seimbang dan mendalam
2. Memahami realiti kehidupan dengan lengkap. Semuanya diambil kira, samada realiti kaum Muslimin ataupun realiti semua musuh-musuh Islam
3. Memahami benar sunnah Allah Taala yang berlaku di dalam kehidupan ini yang tidak pernah berubah dan berganti, khususnya sunnah Allah yang bersangkutan dengan kehidupan alam manusia
4. Memahami maqasid syariah (maksud-maksud syariah ) secara syumul dan tidak bersikap statik (jumud) yang terhad kepada makna-makna zahir sahaja
5. Memahami ‘keutamaan’ dan ‘priority’ di dalam mengatur langkah perjuangan
6. Bersikap terbuka dan sedia bertolak ansur dalam urusan ‘khilafiah’ dengan aliran-aliran Islam yang lainnya. Sikap mereka , “Bekerjasama dalam perkara-perkara yang disepakati dan saling memaafkan (bertolak ansur) dalam perkara-perkara yang masih diperselisihkan
7.Menggabungkan di antara aliran salafiah dan pembaharuan, atau dengan kata lain, menggabung di antara cirri-ciri keaslian dengan tuntutan kemodenan
8.Mengadunkan di antara keaslian hukum syara’ dengan perubahan zaman
9.Yakin bahawa pembaharuan pemikiran, jiwa dan sikap adalah sebagai asas utama kepada pembaharuan peradaban
10. Menampilkan Islam sebagai satu-satunya alternatif dalam pembangunan peradaban manusia yang bersepadu dan menyeluruh demi untuk menyelamatkan mereka dari kongkongan dunia materialism
11. Memperlonggar (al-Taysir) dalam perkara fatwa dan memberikan khabar gembira ( al-Tabshir) dalam urusan dakwah
12. Menampilkan nilai-nilai murni Islam dalam bidang sosial dan politik, seperti: kebebasan ( al-Hurriyyah), kemuliaan (al-Karamah), musyuarat ( al-Shura), keadilan sosial (al-Adalah al-Ijtimaiyyah) dan pemeliharaan hak-hak asasi manusia ( huqud al-Insan)
13. Membuka pintu untuk berdialog dengan pihak-pihak lain, iaitu dengan golongan bukan Islam, atau dengan kelompok Muslimin yang telah terjajah pemikiran dan mentalitinya disebabkan serangan dari budaya barat
14. Menjadikan jihad sebagai cara untuk melindungi kemuliaan umat Islam dan negaranya.

Sumber: Prof Dr Yusuf al-Qardhawi ( Fiqh Awlawiyyat)

Tuesday, October 20, 2009

Antara Kezuhudan & Tuntutan Masa

Firman Allah s.w.t. dalam surah Az- Zumar ayat 18, maksudnya :

"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan Yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan Yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang Yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang Yang berakal sempurna."


ذكر في كتاب قصص الصالحين في سمير المتقين وانيس الصالحين,ان رجلا سأل الأمام حسن البصري: ما سر زهدك في الدنيا يا امام؟

Disebutkan di dalam kitab himpunan kisah-kisah orang soleh, ada seorang lelaki bertanya kepada Imam Hasan Al Basri Rahimahullah Taala; apakah rahsia kezuhudan kamu di dunia ini wahai Imam?

Jawab Imam Hasan Al Basri :

1) علمت ان رزقي لا يأخذه غير فاطمأن به قلبي

(aku tahu bahawa rezeki aku tidak akan di ambil oleh orang lain,maka tenanglah hatiku)

2) علمت ان عملي لا يقوم به غير فاشتغلت به وحدي

(aku tahu bahawa amalanku tidak dapat dibuat oleh orang lain, maka aku buatnya sendiri)

3) علمت ان الله مطلع عليا فاستحييت ان يراني في معصية

(aku tahu bahawa Allah sedang memerhatiku,maka aku malu untuk melakukan maksiat)

4) علمت ان الموت ينتظرني فأعد ت الذات اللقاء ربي

(aku tahu bahawa mati menungguku,maka aku melakukan persediaan untuk bertemu dengan Allah)

Saudaraku,ingatlah pesanan Saidina Ali karramallahu wajhah :

اذا عاش الفتى ستين عاما,فنصف العمر تمحقه الليالي

(apabila seorang fikir untuk hidup selama 60 tahun,ssghnya separuh hidupnya untuk tidur malamnya)

ونصف النصف يذهب ليس يدري لغفلته يمينا من شماله

(separuh lagi berlalu begitu sahaja tanpa disedarinya)

وثلث النصف امال وحرص وشغل بالمكاسب والعيال

(sepertiga daripadanya baru memikirkan untuk mencari persiapan)

وباقي العمر ازكام وشيب وشغل وحزن بالأنتقال وارتحال

(baki umurnya,mulalah dia sedih untuk meninggalkan dunia)

فحب المرء طول العمر جهل وقسمته على هذا المثال

(orang yang berangan hidup lama sebenarnya jahil,ku datangkan misalan ini bagi memberi kesedaran bahawa umur umat ini tidak lama )

Peringatan ini perlu di ambil perhatian oleh umat ini agar kita berlumba melakukan amal ibadah yang sahih dan istiqamah.

Ku akhiri dengan Firman Allah s.w.t dalam surah Af- Fussilat pada ayat ke 30,maksudnya :

"Sesungguhnya orang-orang Yang menegaskan keyakinannya Dengan berkata: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan Yang betul, akan Turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan Terimalah berita gembira Bahawa kamu akan beroleh syurga Yang telah dijanjikan kepada kamu."

Ar-Raji Ila ‘Afwi Rabbihi,

Ahmad Zakir Bin Mohd Amin (PISMP P. Agama)

Thursday, October 8, 2009

LAPORAN IFTAR JAMAIE

Pada 16 September 2009 bersamaan 26 Ramadhan 1430H, bertempat di surau IPGM KSAH, telah diadakan satu majlis berbuka puasa anjuran JAPIM dengan kerjasama Badan Dakwah dan Surau. Majlis ini disertai oleh guru-guru pelatih dan para pensyarah IPGM KSAH. Selain itu, kehadiran Pengarah dan Timbalan Pengarah berserta keluarga masing-masing juga turut memeriahkan lagi majlis.

Lebih kurang pukul 6 petang diadakan majlis khatam Al-Quran beramai-ramai dan telah disertai oleh guru-guru pelatih dan juga para pensyarah yang hadir. Tugas-tugas telah dibahagikan kepada setiap ahli BADAS semasa hari tersebut. Terdapat 3 khemah besar di perkarangan surau IPGM KSAH iaitu khemah untuk guru pelatih lelaki dan perempuan serta khemah untuk pensyarah. Setiap lajnah diberi tugas masing-masing seperti persediaan tempat, menghidangkan makanan dan minuman dan tugas memberi buletin kepada tetamu.

Apabila hampir waktu berbuka puasa, semakin ramai guru pelatih yang hadir. Tempat yang disediakan cukup untuk menampung bilangan guru pelatih yang hadir. Apabila masuk waktu berbuka puasa, para tetamu akan berbuka puasa dengan makanan yang ringan dahulu seperti kuih-muih dan minuman. Selepas itu, kesemua tetamu akan menyempurnakan solat Maghrib dahulu sebelum berbuka dengan makanan yang berat seperti nasi.

Selepas solat Maghrib barulah para tetamu kembali ke khemah semula untuk menjamu selera. Pada masa ini, para guru pelatih dapat berkenal-kenalan sesama sendiri dan berbual mesra tanpa mengenal perbezaan usia samada senior atau junior. Inilah fungsi diadakan majis berbuka puasa perdana ini. Selesai sahaja menjamu selera, semua tetamu bersiap-siap untuk menunaikan solat Isya’ dan solat sunat Tarawih pula.

Selepas menunaikan solat Isya’, ditunaikan pula solat sunat Tarawih sebanyak 8 rakaat dan solat sunat Witir sebanyak 3 rakaat. Selepas selesai 4 rakaat pertama terdapat sedikit tazkirah yang disampaikan oleh guru pelatih. Hampir pukul 11 malam majlis selesai.

Tuesday, September 15, 2009

PENGUMUMAN IFTAR JAMA'IE